hai hai. bye bye..

Teringat dulu zaman gila berblogging. Sanggup bangun awal pagi semata-mata nak blogwalking di sebabkan time tu laju gila line internetnya. Tapi itu semua dulu, sampai ada blogger dah tak kenal ika da. sadiskan rasa. eceh bajet blogger famous la konon macam sis Yuyu Zulaikha. Takpelah, nama ika pun ada Zulaikha jugak kan kan. muahahaha..
Dan kenapa pulak tetiba ika nak update blog ni? curious sangat-sangat... Setelah  berzaman tak menghupdate blog sampai terketaq-ketaq tangan ni nak menaip blog.. Memang dah lama berazam nak menghupdate tapi tak kesampain, bajet buzy la kan. buzy menda pun ika tak tahu. so, biarlah kali ini ika luangkan masa bersama blog ika yg nak pupus dah ni..
Banyak benda ika nak story, tapi kita summarizekan jelah, tahu bosan nanti bila baca meleret-leret ni kan. ngaku jelah cepat, sebab ika pun camtu jugak. heee. PEACE (Y)

Sekarang ika berada di minggu study week utk semester terakhir ika berada di Universiti Malaysia Pahang. dan ika akan start exam hujung bulan Jun ni. nampak tak study week ika kali ini over best sampai 3 minggu.
Berada di tahun akhir memang terlampau stress, tension and so on laaa, dgn projek final year lagi, assignment bertengkek-tengkek lagi. Alhamdulillah sekarang dah lepas semua boleh rileks sikit. Keep calm and watching movie.


Life ika? Nothing special maybe. Cuma pengalaman dulu mendewasakan ika. eececeh. Masih belum berpunya sebab memilih ke? entah, tetiba nak krik krik krik pulak tang ni.. tapi ika memang ada buah hati sekarang ni. dah la bulat, comel sangat. geram tahu tak ika dgn dia. rasa nak peluk-peluk je bawak tidur sekali dgn ika. eh eh.. atudiaaa pikiaq bukan-bukan. lempang kang.. Nama dia Bibi, buah hati pengarang jantung ika.. Di sebabkan terlalu sayang kot, ika dah menyebabkan dia obesiti. sobs sobs. maafkan mami ye, mami suka bagi bibi makan coklat..




memang suka peluk cium bibi. muahahaha


okay tetiba terasa otak ni dah kering idea nak menaip sedangkan tadi berkobar-kobar banyak nak story. aiyak. kira next time lah ika try hupdate.. ni terasa nak edit blog pun ika dah tak tahu camne nak edit da. sobs sobs. nampak tak nampak tak berzaman tinggalkan dunia blogging..

p/s : belanja satu gambaq. jom follow insta ika. eh eh.. http://instagram.com/cikzulaikha_



Aku Masih Ada..

Halluuuuu.. masih ingatkah kalian pada diri ini?
Yayayaya, saya masih ada. Cik Ika masih ada, cuma yayaya, hati nak menghupdate belog belum ada. so kenapa tetiba gata nak hupdate blog ni? dah jumpa ke hatinya itu?



"EH,EH,EH~~ Belum lagi.. Masih mencari.."




Cuma ika nak khabarkan pada teman2 blogger yang masih kenal diri ika yang tak beberapa comel la ni, ika sekarang nak jadi seorang ibu dahh, eh silap lah, nak jadi LAST YEAR STUDENT in UMP.. InshaaAllah..,





so jika mengikut hari ini bersamaan 6hb September ika tetiba rasa nak menghupdate blog, 8hb nanti ika balik UMP untuk menjadi SUPER DOUBLE TRIPLE JUNIOR, eh salah, tersasul lagi, ish.. SUPER DOUBLE TRIPLE SENIOR ye.. and hari ini adalah last day untuk latihan industri ika di company TENAGA KUDRAT ELECTRICALS. Banyak kenangan di sini even selama 10 minggu sahaja. Miss them lepas ni, lagi2 kak lia. sobs sobss

Lagi 2 hari nak gerak balik UMP.. PSM (Projek Sarjan Muda) menanti. huarghh~~


anybody can help me to pack my bag?


Banyak benda nak di story mory lagi, tapi cukuplah buat masa ni. migraim tetiba datang ni.sobs sob~
InshaaAllah, kalau terbuka hati ika nak hupdate lagi, nanti ika khabarkan..

Tapi kalau rindukan ika, kalaulah~~ kalaulah~~

Jumpa ika dekat twitter ika.. kita boleh story mory kat san. muahhhx !
nahh---->>https://twitter.com/cikZulaikha_


p/s : doakan ika cepat-cepat jumpa hati pengarang jantung blog ika nanti.. :*

Sakitnya perasaan itu..

Assalamualaikum teman blogger yg ika sayangi.. kalian masih mengenal ke diri ika? mesti dah tak kenal ika mahupun blog ika. ye ika faham, sudah lama ika mendiam diri dari dunia blog. maafkan ika. terlalu banyak yang terjadi kepada ika.ada sampai satu tahap ika rasa nak je delete terus blog ini sebab terlalu banyak kenangan dan memori yang ika luahakn kepada blog. ALHAMDULILLAH, tetap ada mereka yang mengingati ika dan menasihati ikasupaya blog ini biarkan saja dan jangan di delete..

Hari ini ika nak pulang ke rumah, ika dah start study week, minggu depan ika dah final dah. ikutkan hati memang tak mahu balik, tapi bila mak dan abah suruh pulang, ye ika harus ikut kehendak mereka biarpun hati ini sebenarnya takut untuk pulang.. kerana di sana terdapat juga memori yang terpaksa ika hadapi..

Ye, akhirnya ika mengaku perasaan itu terlalu sakit rupanya. perasaan apakah? PUTUS CINTA.. ya, ika sedang mengalami perasaan itu. pada mulanya memang sukar ika terima hakikat yang hubungan kitaorang selama hampir 7 tahun terpaksa di putuskan atas sebab-sebab yang tak mampu ika tanggung. masing-masing ada silapnya sendiri dan ika sedang cuba untuk mengubati hati ika, melupakan segala kenangan bersama dia sebelum itu. sesungguhnya memang susah ika buang semula kenangan itu.

Tapi apa yang terjadi ini membuat ika sedar. Allah bagi petunjuk kat ika. Allah sedang menguji ika. Allah bukakan mata dan hati ika bahawa selama ini ika mungkin jauh daripada Dia. Betapa Allah menyayangi diri ika kan.

Ika sedang dalam cuba untuk memproses mengubati hati ika. ika juga manusia biasa yang tidak bisa lari dari melakukan kesilapan. ika juga seorang perempuan yang Allah ciptakn dengan mempunyai hati yang lembut dan menangisi dgn apa yang terjadi.. 

Mungkin tiada jodoh dah di antara kami. tetapi jika memang dia di takdirkan untuk ika, ika akan cuba menerima dia dengan hati yang ikhlas, jika tidak, ika mohon kepada Allah temukan ika seorang lelaki yang boleh membinbing ika selepas ini.. INSHAALLAH..

Akhir kata dari ika untuk dia..
"Awak, semoga bahagia dengan kehidupan baru awak, saya di sini akan mendoakan supaya awak di bukakan pintu hatinya untuk kembali seperti dulu"

Salam Ikhlas dari
SITI NURZULAIKHA BT SATIMAN.


Happy Birthday to You..

Happy birthday  to you..
happy birthday to you..
happy birthday to IKA..
happy birtday to you..



ada sesiapa baik hati nak nyanyikan lagu birthday untuk ika??




maka muncul jua 9 November yang ika nanti-nantikan setiap tahun. Alhamdulillah, genap sudah umur ika yg ke 12 tahun pada tahun ni... opss, tersasul pulak, i mean yang ke 21 tahun pada tahun 2012. ALHAMDULILLAH..

so, pada mereka yang nak wish birthday untuk ika ni, sila bersertakan hadiah bagi menunjukkan betapa ikhlas hati kalian semua. demand kau ika. hahaha..

tak sabar nak celebrate birthday dgn Mr AR nanti malam. celebrate birthday dia juga nanti.ye lah, dah birthday dia jatuh pada 10 November.sebelah-sebelah tarikh je.. ingat lagi mak ika pernag cerita dia sempat berborak dengan ibu Mr AR masa kat hospital sewaktu kami mahu melihat dunia.. kami dah berjumpa sejak dalam perut mak kami lagi.. mudah-midahn kekal jodoh bersama dia..AMIN..

*Ika minta maaf sebab dah lama tinggalkan dunia blog dan lama tak singgah blog korang semua. mesti ada yang lupa kat ika. sobs sobs sobs..

Hasil usaha kerja selama ini berbaloi jugak

Tetiba rajin pulak ika nak menghupdatekan blog malam ni. ika pun nak story something.so baca baik-baik taw.ika tak membebel panjang-panjang sebab nak layan Running Man jap lagi..hahahah..


taraa !!! tu dia hasil kerja ika selama cuti semester ni.laptop asus X401A dan blackberry curve 8250.A;HAMDULILLAH.syukur..total semua RM1800.kerja sebulan lebih, tapi ika habiskan dalam masa sehari je..hukhukhuk...nak tayang lagi boleh tak??


saje nak bangga jap, tayang lagi gambar...jangan marah ye.tak dapat warna pink, warna putih jadilah..


cik IZZAH HAZIRAH yang dok temankan ika beli kat MINES masa tu..ika memang bagi duit je kat dia biar dia pegang.dia tolong carikan and ika follow je.almaklumlah saya ni tak pandai nak buat ayat-ayat manis and senang je cair dengan ayat sang penjual ni.(parah..parah)k.kesian dia sampai emosi jaditak stabil temankan ika time tu.but anyway, thanks sayan temankan ika time tu.

oklah, thats allyang ika nak ceritakan.need to go.nak sambung layan balik Running Man 110..  XD

p/s: merana sekarang sebab BIS MAXIS tak dapat diaktifkan sampai sekarang disebabkan network maxis ada problem..hurrmmm..sadis...