hai hai. bye bye..

Teringat dulu zaman gila berblogging. Sanggup bangun awal pagi semata-mata nak blogwalking di sebabkan time tu laju gila line internetnya. Tapi itu semua dulu, sampai ada blogger dah tak kenal ika da. sadiskan rasa. eceh bajet blogger famous la konon macam sis Yuyu Zulaikha. Takpelah, nama ika pun ada Zulaikha jugak kan kan. muahahaha..
Dan kenapa pulak tetiba ika nak update blog ni? curious sangat-sangat... Setelah  berzaman tak menghupdate blog sampai terketaq-ketaq tangan ni nak menaip blog.. Memang dah lama berazam nak menghupdate tapi tak kesampain, bajet buzy la kan. buzy menda pun ika tak tahu. so, biarlah kali ini ika luangkan masa bersama blog ika yg nak pupus dah ni..
Banyak benda ika nak story, tapi kita summarizekan jelah, tahu bosan nanti bila baca meleret-leret ni kan. ngaku jelah cepat, sebab ika pun camtu jugak. heee. PEACE (Y)

Sekarang ika berada di minggu study week utk semester terakhir ika berada di Universiti Malaysia Pahang. dan ika akan start exam hujung bulan Jun ni. nampak tak study week ika kali ini over best sampai 3 minggu.
Berada di tahun akhir memang terlampau stress, tension and so on laaa, dgn projek final year lagi, assignment bertengkek-tengkek lagi. Alhamdulillah sekarang dah lepas semua boleh rileks sikit. Keep calm and watching movie.


Life ika? Nothing special maybe. Cuma pengalaman dulu mendewasakan ika. eececeh. Masih belum berpunya sebab memilih ke? entah, tetiba nak krik krik krik pulak tang ni.. tapi ika memang ada buah hati sekarang ni. dah la bulat, comel sangat. geram tahu tak ika dgn dia. rasa nak peluk-peluk je bawak tidur sekali dgn ika. eh eh.. atudiaaa pikiaq bukan-bukan. lempang kang.. Nama dia Bibi, buah hati pengarang jantung ika.. Di sebabkan terlalu sayang kot, ika dah menyebabkan dia obesiti. sobs sobs. maafkan mami ye, mami suka bagi bibi makan coklat..




memang suka peluk cium bibi. muahahaha


okay tetiba terasa otak ni dah kering idea nak menaip sedangkan tadi berkobar-kobar banyak nak story. aiyak. kira next time lah ika try hupdate.. ni terasa nak edit blog pun ika dah tak tahu camne nak edit da. sobs sobs. nampak tak nampak tak berzaman tinggalkan dunia blogging..

p/s : belanja satu gambaq. jom follow insta ika. eh eh.. http://instagram.com/cikzulaikha_



No comments: