i'm alone..

Entri kali ni entri meluahkan perasaan.ika tak tahu kepada siapa lagi nak mengadu..orang nampak ika tersenyum, gelak depan mereka tapi dala hati, penuh luka dan parut yg amat susah nak di ubati..

andai entri ika ni di baca oleh mereka, maaflah, ika bukan nak menagih simpati, menagih belas kasihan seperti yg mereka katakankini ika berperang dengan perasaan ika sendiri..terasa marah+sedih+tersisih semua bercampur aduk.selalu juga ika bertanya kepada diri ika adakah ika akan menjadi GILA akibat tekanan perasaan yg ika pendamkan selama ini..ya, ika memang seorang manusia yg tak kan lari dari kesilapan dan perasaan sedih..tapi apakan daya bila perasaan itu sudah melekat dan meninggalkan parut dalam hati ika..



ya, ika memang seorang yang keras hati, keras kepala dan mudah tersentap..ika seorang yg jenis suka melarikan diri dari masalah dan tak pernah cuba utk selesaikan masalahnya.dan selalu ika akan menangis sembunyi-sembunyi bila tak dapat menahan.itulah msalah diri ika..orang lain tak tahu..


dan sebab itulah ika kini terasa di pinggirkan..memendam perasaan..ika hanya mampu tersenyum depan mereka.tetapi mereka yg telah meninggalkan parut dalam hati ika, memang ika lebih suka melarikan diri dari mereka..mendiamkan diri lebih baik bagi ika..bagi ika orang lain tetap akan salahkan ika bila ika buka mulut..

kini, ika berjalan bersendirian tanpa ada teman di sisi.ditinggalkan dan meninggalkan..terasa sebak melihat orang lain bersma-sama pergi ke kelas, bersama-sama buat sesuatu, bersama-sama bercerita..tapi ika..


semester ini ika menghadapi dugaan yg besar bagi ika.andai mereka baca entri ni, ketahuilah yg ika betul-betul terluka dilakukan sedemikian..

cukuplah sampai di sini sahaja..terasa mahu meluahkan semuanya tetapi takut nanti di bilang kita memburukkan kawan kita sendiri..masih panjang lagi perjalanan ika di UMP ini...tetapi terasa sudah tidak mampu utk meneruskannya..





p/s: rindu kat family..mak, abah, adik-adik..biarpun tension dekat rumah tapi tak sentension di sini..terasa nak balik rumah..

20 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai..sbr ea dear..takpe2..kami ada..

NIZAM said...

Kalau kita anggap kita dah susah dan ditimpa byk dugaan, orang lain ada yang lebih dari tu lagi. pandanglah setiap perkara tu dgn nilai positif. dont think too much. :))

krazylenglui said...

kaq ika jgn sedih lg ye, kaq tahu, org yg syg kan kaq ika mesti lg sedih tgok kaq ika mcm ni. sbenarnya kan kaq, kita serupa n_n bg myra, menangis tu baik utk diluahkan n_n

cik dila.. said...

la tahzan..innaallaha ma a'na..
ditimpa ujian tu maknanya Dia sayangkan ika. so , bersabar ea :)

Falling . said...

sbr ika .. kwn2 yg lain masih ada ;)

semutsengal said...

kau sabar. tu je jalannya.

J.Syazwana said...

biasalah tuh sentap dengan kawan2 kan. jangan sedih sangat. kalau sedih pegi makan mekdi. kompem tak sedih lagi. hehehe

Cik Jannah said...

ika tabah dan sabar. sis ada kawan dia pernah kena pulau masa study dulu. bayangkan dari sem 1 till sem 6 dia struggle sorang2 tanpa kawan disisi. tapi dia buktikan pada kawan2 dia melalui pointer. last, dia kata bila dah habis study kawan2 yg pulaukan dia dtg minta maaf. hebat kan?

iAmCekbolat said...

aloloh.. jgn mngis

Unknown said...

hurm, ce ika try bincang dengan kawan2 ika. mungkin dengan berterus terang, dpat selesaikan masalah..

reenapple said...

hey kita berdua punya persamaan...

faham..aku selalu alami situasi itu...

be strong dear.. =)

Anonymous said...

kenapa diorang buad macam tuh kat ika?
ika ada salah cakap ke kat diorang?
cube ika tanya diorang elok2 yaa.
takmau sedih2 macam ni.
:(

Woofer Storm said...

be cool ika..mugkn ada salah faham yang ika atau mereka wujudkan..apapun bawa bincng baik2 ye.

slmt mlm ika..

~Sal Ismail~ said...

akak dulu zaman belajar mmg lone ranger..g kelas suka g sorang2..g mkn sorang2..sekali sekala baru cari geng..lebih selesa mcm tu..~
kamu byk bersabar ya..fokus pada apa yg kamu nak capai & usah pedulikan hal yg boleh buat kamu down..jaga diri~ =)

Bulan Syurga Firdausi said...

sabar ye,..doa byk2 k Allah ade insyaAllah...

ILA HonEyBuNNy said...

jangan sedih2 dear...

sabar itu indah n kena tabah k..;)

Ezad Skytech said...

ika bykkan bersabar ye...

Misha Ieza said...

kamu jangan sedey.. kuatkan semangat k :)

kay_are said...

kuatkan semangat ok.. pedulikan yang lain.. pikir studi je sudah

Unknown said...

hey! you are not alone~