SEDARkah dikau telah menjadi TUNANGAN orang bila...

TAHUKAH KORANG....



Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.






so, ada yg sudah tercakap begitu ke wahai mereka yg sedang kapel tu..

sedar-sedar rupanye dah jadi tunangan orang..







sumber : FACEBOOK






p/s: curi-curik update status dalam kelas arab.. jap lagi blur bila ustazah tanya ika..



15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

owh..shapit tak pernah kata gtu ag..

cuma dia kata..

"t tiba masanya,kt kahwin.."

wah..gedik gtu..hahah..

Pendamba Mawar said...

tu la orang kita seringkali da terpengaruh adat dari hukum ..:)

Falling . said...

saya baru taw!!

fiQRa said...

nasib baik dah lepas.. hek3 :)

kena brhati hati dgn kata kata ~

ILA HonEyBuNNy said...

ok sedar....

chewahhh..tetiba rasa cam dah bertunang....hehe

Woofer Storm said...

nice info dear...


lepas ni kena berhati2 ,lebih2 lagi buat yang gatal nak kwin tu..hehee

teha said...

ooo ~ ssh laa nk maen kawen2 lps nie... hahhaha !

Zie Madini said...

oooo gitu ek. baru akak taw. hikss. nice info si cantik! :)

dhiera zainudin said...

saya pernah buat entri pasal ni jugak.

http://dhieranottie.blogspot.com/2011/04/saya-tunang-orang.html

sumber asal dari http://www.afizuddin.co.cc/2011/03/bertunang-tanpa-sedarya-allah.html#ixzz1I5H1GfAg

Mek Onie said...

jom kahwin *tetiba*

fae jamal said...

melalui kata2 kita dah jadi tunang org tanpa sedar kann...

budak penjara said...

tapi harus di ingatkan jugak la..dengan pertunangan.. tidak bererti kita leh meseg syg2 or call tiap2 hari kn..huhu

Admin said...

awk, follow blog saya ni jugak jomwayangku.blogspot.com

cik wanie Lovela (CWL) said...

baru tau

Anonymous said...

bagus entri ni :)