# Review OMBAK RINDU...

Memandangkan 2hari internet di UMP Pekan  gagal berfungsi, so ika tak sempat nak terjah blog korang..ika minta maaf..bukan sombong taw...so, alang-alang tak boleh nak online semua, ika pun pergilah merayau dekat kuantan dgn kawan-kawan ika..(Mr AR balik rumah, cuti sem)
ika ni pulak pantang je orang ajak keluar..5 saat terus bagi jawapan nak ikut..tambah pulak desprate sgt nak tengok movie tu,tapi tak de siapa nak temankan ika, Mr AR pulak da balik rumah kat banting.


tu dia penganti Mr AR utk pergi tengok wayang..cepat cakap sape comel antara kami bertiga..

Dan akhirnye..ika dapat juga pergi tengok movie OMBAK RINDU.. memandangkan cerita tu berdasakan novel yang pernah ika baca sebelum ni so perasaan nak tengok movie membuak-buak..ramai gak bilang movienye best giler..best giler tahap mana la ye..



BAYANGKAN..novel yg beratus-ratus helai muka surat dimampatkan jadi movie selama 2jam..


tetapi.....

disebabkan ika terlewat 15minit masuk pawagam, terlepas sudah permulaan dia..argh !! iklan movie yg bakal ditayangkan ika pun terlepas..itulah yg ika dgn Mr AR selalu tak mahu terlepas...bayangkan beratur utk beli KFC je mengambil masa setengah jam, nak makan dgn gaya sopan setengah jam and solat asar lagi..memang kelam kabut la...
so, sementara menunggu kawan ika habiskan makanan dia..ika buatlah kerja yg agak berfaedah..



posing picture tyme !!


15 minit terlewat, memang sgt merugikan..masuk-masuk wayang jer, tengok Maya Karin dah tergolek jatuh..why??
tak memasal makcik sebelah kitaorang jadi mangsa kena dek tanya kitaorang..kenapa,kenapa..

#ampun makcik...huk3..


so, ika nak review lah sikit filem yg digembar gemburkan gempak ini...
Aaron Aziz sbg HARIS
Maya Karin sbg IZZAH
Lisa Suriani sbg MILA


  • the first thing yg ika perasan..sewaktu izzah duduk kat bustop, then haris datang mai ambil dia, time tu izzah pegang seekor anak kucing..kira kalau ada kucing yg turut berlakon, memang terkeluar lah suara ika...COMELNYE!!!  cume bila dorang sampai rumah haris,kucing yg izzah pegang tadi jadi kucing remaja la pulak..ah,tipu..tadi dia pegang anak kucing.tak kan naik kereta je anak kucing tu membesar,,KANTOI..
  • babak dimana haris accident,rasanya dia dah lama tak balik rumah izzah,jumpa izzah..tapi kot tetibe Mizzah disahkan mengandung sewaktu haris still dalam koma..pelik sungguh..bilakah mereka ehem2 ye ?? oppss...#ika dah cukup umur ye..maybe ika terlepas pandang kot,,hahaha.
  • suka giler tengok Lisa jadi jaha, tapi bila dia speaking english..alah, i need subtittle dat time..memang lakonan Lisa sbg mila menjadi.
  • tak tahulah nape bagi ika, lakonan Maya sbg izzah kurang mantap lagi.mungkin disebabkan ika kurang meminati beliau kot..
  • but, lakonan mantap Aaron sbg haris memang gempaq giler lah !! TERBAIKlah..memang beliau feeling habis akan lakonan dia..cuma....asal ada lakonan yg romantis,peluk,cium bagan..ika cakap kat kat kawan ika.. # kalau aku jadi bini aaron aziz ni, dia balik rumah je, aku ketuk-ketuk dia pakai senduk kuali, campak bantal keluar bilik..tidur kat luar..
  • klimaksnye tak begitu klimakslah seperti dalam novel.so, kita tak boleh mengharapkan apa yg dalam novel tu akan jadi seperti dalam filem..agogogo..
  • babak dimana mila pulang ke Malaysia..suara budak kecik yg keluar menyambut kepulangan mila.tetapi rupanya, wartawan tv,,hahaha,,comel sungguh suara beliau.ika ikngatkan budak 5 tahun yg berlakon tadi.
  • sekali lagi, hati ini cair bila tengok haris a.k.a Aaron menangis..real beb !! gua cair kalau tengok lelaki menangis ni...

jangan tenung gambar tu lama-lama..jadi lain kang..nilah babak dimana budak yg cukup umur je boleh tengok..
MAYA KARIN said,
“Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.
“Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya,” tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

#err..alhamdulillah?? ika tak mahu komen lebih-lebih bab ni..tepuk dada,tanya iman..


kalau aku jadi bini aaron aziz, memang aku flying kick laju-laju..
tapi..


AARON AZIZ said

“Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi,” bicara Aaron.

adoi...rezeki lah dapat bini macam tu...

ok, tak mahu cakap lebih-lebih..korang pergi tengok sendiri then bolehlah komen sendiri okep..


p/s : rate 7/10 utk movie ni..disebabkan AARON AZIZ berlakon..hahahaha..


err...nak teddybear ni boleh?? belikan ika ye..


 

    33 comments:

    Ezad Skytech said...

    berpusu2 orang nak tengok cerita ombak rindu ni ye...mesti box office ni nanti filem ni...hee~

    kim heeruul said...

    gud luck.
    btw,gua tak brp tgk cite melayu. keh keh keh.

    Unknown said...

    yes i got the answer.baru igt nk google pasal wife aaron tak kisah ka pasal adegan tu kan.hee thanks ika!

    :: Ika :: said...

    boleh thn la,uh2 pape kite 3tiga comel ^_^

    Bulan Syurga Firdausi said...

    mmm tige2 comei...tmbah comei smua pkai tudg smua tutup aurat ;)
    jgn tenung lame2 org x cukup umur pn x leh tgk, yg da kawen je blh ngeee

    cik ika said...

    ezad : mybe box office la..huhu

    cik ika said...

    kim : lu mnat korea je..hahaha

    cik ika said...

    ika : sye paling comel.hehehe

    cik ika said...

    hanabunga : sesame dear

    RinsyaRyc said...

    tanak tengok kat wyg, nak tengok kat cd .. hehe.. Tu la kalau jadik bini dia, kompem tiada maaf bagimu golek-2 with pempuan camtek = ="

    ascil.punye.lah said...

    wow,semua org dok ckp pasai ombak rindu,aku tak tengok lagi =(

    Wanie said...

    bab review tu wanie skip..xnak bace..hehehe..nanti nak tengok sendiri :D

    L said...

    masuk en3 kesepuloh aku baca pasal ombak rindu.. hehehe

    jom baca sekejap.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

    The day we meet said...

    wahh..rmianya yg tgk ombak rndu..
    ida x tgk lg..cm best ek..

    yg psl adegan tu..erm..xtaula nk komen.huhu..sbb masing2 punya pndpt sndri

    fiQRa said...

    Salam geng fiQ’Ra yang mas kasihi ◕‿◕
    Kad blogger yang baru sudah siap..
    Boleh ambil dekat sini eh ◕‿◕

    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295622997145375.70148.257419187632423&type=1

    Eyda Dania said...

    wahh! smue tgk cite 2..nak tgk gk....

    nak tedy bear ye..lbh bek eyda beli kt diri eyda sndri..hahahaha..

    cik wanie Lovela (CWL) said...

    cerita ni banyak ubah sbnarnya izah masuk universiti .haris bkn jeluz kad mail.watak mail xwujud pun,
    patutlah penulis ombak rindu marah.ni bkn ombak rindu sbb pakai nama ombak rindu jalan cerita lain.apa ok lah cita nie.novel best lg!

    Nyamuk Terbang said...

    best ker crta nie??

    Alya Haduri said...

    jelesnya dah tgk ombak rindu :(

    Woofer Storm said...

    ombak rindu ni mcm tsunami pula buat msa ni..hehe


    *comelnya tddy bear tu,ika lagi comel.hehheee

    Just Mini Love said...

    hehe.. ieyza pun baru je tgk citer ni smlm,,, best la.. hee..

    aah adegan tu,, teruk la jugak.. smpai bf ieyza ckp.. "cerita ni yg ayg nak tgk sgt,, teruk btul.."

    haha :D

    Unknown said...

    tak tgk lg.. rmi rate ctr ni best.. huhu

    Nizam Ijam said...

    ni rasa nak tgok nie :D

    sitinurulaieen said...

    Errr..rata1 orang sebut pasal ombak rindu nie.. hurm... tak minat lerr.. hikhik..;)

    Daddylicious said...

    belum nak tengok lagi...:)

    nur maisarah said...

    ergh tak leh terime kalau aku jadik bini dia. kahkah

    Aida Azryn said...

    memang terbaik ah filem ombak rindu!!! ^.~

    Woofer Storm said...

    ika,gambar panas tak boleh upload..ika kan baw umu..hehee

    ILA HonEyBuNNy said...

    dah tengok eh ombak rindu..ehheh

    bestkan..

    waduhh..memang sporting gila wife aaron tu..lau ila..komfom cemuru gila2 dah..ehehhe

    nuyui a.k.a miss YUI said...

    kiranya okla utk ditonton ea..

    Juliet_iRa~" said...

    akk br nk tgk esok..heee

    syakirahmn said...

    novel tak bolehhh lawann ahh kan :D

    kindergartenlibrary said...

    tak patut ika tanya makcik tu !
    cian2 ~